Ringkasan Penubuhan

KB1M adalah rantaian runcit kedai buku yang mana ianya diinspirasikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak atas keprihatinan beliau kepada Rakyat Malaysia yang terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kedai Buku 1Malaysia Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tarikh 9 haribulan Ogos 2012 dan diasaskan menerusi kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) dan MPH Group (M) Sdn. Bhd.


Objektif
  • KB1M menawarkan produk premium yang berkualiti pada harga yang kompetitif sejajar dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" bertepatan dengan "Janji Ditepati".
  • Menjadi pusat aktiviti serta pertemuan bagi penulis dan penerbit tempatan.
  • Meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta menawarkan pengalaman pembelian ringkas tetapi serba lengkap.

Produk-produk yang Ditawarkan
  • Bagi produk buku dan alatan tulis, KB1M menawarkan harga diskaun sehingga 15% kepada semua golongan pengguna.
  • Terdapat juga produk 'Belian Hebat' yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan kepada pengguna bermula dari harga RM1.00 hingga RM20.00 bagi setiap jenis produk, sama ada buku, majalah atau peralatan tulis yang terpilih.
  • Selain itu, pihak pembekal atau penerbit juga akan mengadakan Promosi Berkala dikedai-kedai KB1M bagi memperkenalkan produk baru atau yang sedia ada dalam tempoh waktu yang tertentu.



Powered by mphonline.com
Copyright © with mphonline.com 2012. All Rights Reserved.